SAHABAT NABI

Definisi sahabat

Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Barangsiapa yang bersahabat dengan Nabi saw. atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya." Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih, v, hlm. 1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Barangsiapa yang bersahabat dengan Nabi saw. atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya (Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah siapa saja yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Barangsiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan." Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan karena definisi ini mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi saw. dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya. Ibn Hajar berkata: "Definisi tersebut tidak boleh diterima (Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm. 1)

Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi saw. dalam masa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-'Iraqi, hlm. 4-3). Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi saw. dalam masa yang pendek (Ibid).
Kedudukan para sahabat

Kedudukan para sahabat dibagi menjadi tiga:

1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid. Ini adalah pendapat Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah.
2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq karena mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justru itu yang baik diberi ganjaran karena kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah saw./Syi'ah/Imam Dua belas.
3. Semua sahabat adalah kafir --semoga dijauhi Allah-- ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.

II

Dikemukakan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr. Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA 1987, jilid viii, hlm. 378-384 (Kitab ar-Riqaq, bab fi l-Haudh) dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim, Sahih, edisi Muhammad Fuad 'Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H, jilid iv, hlm. 1793-1800 (Kitab al-Fadha'il, bab Ithbat Haudhi n-Nabi saw. yang berkaitan dengan topik kajian:
Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari

1. Hadis no. 578. Daripada Abdullah bahwa Nabi saw. bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan bersabda: wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba'da-ka)
2. Hadis no. 584. Daripada Anas daripada Nabi saw. bersabda: Sebagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai/Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba'da-ka)
3. Hadis no. 585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa'd daripada Nabi saw., Nabi saw. bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu'man bin Abi 'iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahwa aku telah mendengar Abu Sa 'id al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi saw. bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi). Maka dijawab: "Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)/ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba'di)"
4. Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat. kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la 'ilma la-ka bima ahdathu ba'da-ka)Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu 'ala a'qabi-bi-himu l-Qahqariyy)
5. Hadis no. 586. Daripada Ibn Musayyab bahwa Nabi saw. bersabda: Sebagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba 'da-ka 'ala Adbari-ka l-Qahqariyy)
6. Hadis no. 587. Daripada Abu Hurairah bahwa Nabi saw.bersabda: Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka : Datang kemari. Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba'da-ka 'ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justru itu aku tidak melihat mereka selamat melainkan (beberapa orang saja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na' am).

Terjemahan hadis-hadis dari Sahih Muslim

1. Hadis no. 26. (2290) Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata: Aku telah mendengar Nabi saw. bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu 'man bin Abi 'Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata: Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.

(2291) Dia berkata: Aku naik saksi bahwa aku telah mendengar Abu Sa'id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba'da-ka). Maka aku (Nabi saw. bersabda: Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah)/ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku (Suhqan suhqan li-man baddala ba'di)
2. Hadis no. 27 (2293) Dia berkata: Asma' binti Abu Bakr berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man yaridu 'alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku!Mereka itu daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda merasai/menyadari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya'arta ma 'amilu ba'da-ka)? Demi Allah, mereka senantiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba'da-ka yarji'un 'ala a'qabi-him) Dia berkata: Ibn Abi Mulaikah berkata: "Wahai Tuhanku!Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami"
3. Hadis no. 28. (2294) Daripada 'Aisyah berkata: Aku telah mendengar Nabi saw. bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya (ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma 'amilu ba'da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji'un 'ala a'qabi-him)
4. Hadis no. 29 (2295) Daripada Abdullah bin Rafi'; Maula Ummi Salmah; isteri Nabi saw. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang daripada kamu (para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku (fa-yudhabbu 'anni) sebagaimana dihalau/diusir unta yang tersesat (ka-ma yudhabbu l-Ba'iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba'da-ka). Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat Allah) (suhqan).
5. Hadis no. 32(2297) Daripada Abdillah, Rasulullah saw. bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan mereka (aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu adalah para sahabatku (Ya Rabb!Ashabi, ashabi). Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba'da-ka)
6. Hadis no. 40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahwa Nabi saw. bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku. Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi). Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba'da-ka).

Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut

Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:

1. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
2. Inna-ka la tadri/la 'ilma la-ka ma ahdathu ba'da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan (ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan ahdathu berarti mereka telah melakukan bid'ah-bid'ah/inovasi yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah nabi saw..
3. Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.
4. Suhqan suhqan li-man gyayara ba'di [Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) /ke Nerakalah mereka yang telah mengubah/menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku] satu kali. perkataan "Ghayyara" berarti mengubah/ menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
5. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na'am [Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan (beberapa orang saja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya] satu kali.

Sementara Muslim telah menyebut perkataan:

1. Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.
2. Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,
3. Sahaba-ni (bersahabat denganku) satu kali
4. Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
5. Innaka la tadri ma ahdathu ba'da-ka [sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan (ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka] tiga kali.
6. Inna-ka la tadri/sya'arta ma 'amilu ba'da-ka [Sesungguhnya anda tidak mengetahui/menyedari apa yang dilakukan (ma 'amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka] tiga kali . Perkataan "Ma 'amilu" (Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya. .
7. Ma barihu/Ma zalu Yarji'un 'ala a'qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali
8. Suhqan suhqan li-man baddala ba'di [Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)/ ke Nerakalah mereka yang telah mengganti/ mengubah/ menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku] satu kali. Perkataan "Baddala" berarti mengganti/mengubah/menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Justeru itu sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah karena mereka:

1. Ahdathu = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
2. 'Amilu = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
3. Ghayyaru = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him
4. Baddalu = Irtaddu/ yarji'un 'ala a'qabi-him

III

Ini berarti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati (mal'unin). Lantaran itu sembarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara'i', Maqasidu sy-Syari'ah', dan sebagainya bagi mengubah/menukar/menangguh/membatalkan sebagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi saw. Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi saw., malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi saw. Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu/La yazalun yarji'un 'ala a'qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah karena mereka telah mengubah sebagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid'ah (ahdathu) dan amalan-amalan ('amilu) yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi saw. Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-Bukhari dan Muslim, hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang tersesat/terbiar (mithlu hamali n-Na 'am). Justeru itu konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy'ari (al-Asy'ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm. 12) dan dijadikan akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut.

Walau bagaimanapun hadis-hadis tersebut adalah bertepatan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Saba' (34): 131 "Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur", firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12): 103 "Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan", dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38): 24 "Melainkan orang-orang yang beriman, dan beramal salih, tetapi sedikit (bilangan) mereka" Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah Hud (11): 40 " Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit saja." Mukminun adalah sedikit. Justru itu tidak heranlah jika di kalangan para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi saw., tidak meridhoi keputusan yang dibuat oleh Nabi saw. Malah mereka menuduh beliau melakukannya karena kepentingan diri sendiri dan bukan karena Allah (swt). Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahwa al-A'masy telah memberitahu kami bahwa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata: Suatu hari Nabi saw. telah membagikan-bagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembagian ini bukanlah karena Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahwa aku akan memberitahu Nabi saw. mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda: "Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar. "

Perhatikanlah bagaimana perlakuan (ma 'amilu) sahabat terhadap Nabi saw.! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi saw. itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi saw. itu harus ditaati? Tetapi mereka tidak mentaatinya karena mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi saw.. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata: "Aisyah berkata: Nabi saw. pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi saw., maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."

Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahwa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahwa dia berkata: "Aku berjalan bersama Rasulullah saw. di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi saw. dengan kuat. " Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi saw. menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata: Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi saw. berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."

Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi saw.dan mempersendakan Nabi saw. dengan mengatakan bahwa Nabi saw. "Sedang meracau" di hadapan Nabi saw." Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi saw." (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) "Sunnah Nabi saw. mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3]" " Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi saw.Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar." [Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida," Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi saw. semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa', II, hlm. 14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm. 208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm. 79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain, karena Rasulullah saw. bersabda "Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah" "Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah" "al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga" (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain).

Mereka telah membakar Sunnah Nabi saw. (Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 140), "menghalangi orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi saw." [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki Nabi saw. sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm. 12, 14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111], mengubah sebagian hukum Allah dan sunnah Nabi saw. (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa' hlm. 136)

Al-Bukhari meriwayatkan bahwa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra' bin 'Azib (r. a), lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda karena anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi saw. dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm. 343 (Hadis no. 488)

Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 144: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit saja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13: "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih. "
Kesimpulan

Kekafiran sebagian besar para sahabat selepas kewafatan Nabi saw. sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat menakutkan sekali. Dan itu menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah yang menegaskan bahwa semua para sahabat adalah adil (kebal). Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi'i, mufti, kadi dan kita sendiri, tidak boleh mengubah/menangguhkan/melanggar/ membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari'ah, Maslahah, dan sebagainya. Karena Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut. Firman-Nya "Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata" (Al-Ahzab(33): 35)

Firman-Nya "Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau, dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya" (Al-Nisa' (4): 65) Firman-Nya "Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir" (al-Ma 'idah (5): 44) Firman-Nya "Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (al-Ma 'idah(5): 45) Firman-Nya "Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq" (al-Ma'idah (5): 47) Dan firman-Nya "Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali" (Al-Nisa '(4);115)

Semoga semua Muslimun dahulu dan sekarang, sama ada sahabat atau tidak, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke Syurga-Nya. Amin.
TERIMA KASIH TELAH BERKUNJUNG
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates